Ahad, 24 April 2011

Laksa

Laksa

Bahan Untuk Laksa :


2 bungkus laksa (direndam)
3 keping asam keping atau asam gelugur
Sedikit garam


Bahan Untuk Kuah Laksa : 


1 kilo ikan sardin (direbus)
10 keping asam gelugur
1 piring cili kering (dipotong dan dikisar halus)
1 ulas bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
Belacan (dikisar)
Garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum


Bahan Hiasan atau Tambahan :


Cili hidup (dihiris nipis)
Telur (direbus)
Daun salad (dihiris)
Buah limau nipis
Timun
Bawang besar (dihiris nipis)


Penyediaan Laksa :


1. Basuh laksa hingga bersih kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 3 keping asam gelugur dan juga garam.

2. Masukkan air secukupnya dan rebus hingga laksa lembut.

3. Apabila laksa telah masak atau lembut, basuh laksa sekali lagi toskan airnya. 

4. Hidangkan bersama hirisan cili merah, timun, bawang, limau dan juga daun salad.


Penyediaan Kuah Laksa :


1. Kisar cili kering, belacan, bawang besar dan bawang merah hingga halus.

2. Rebus dahulu ikan yang telah dibersihkan. Kemudian asingkan tulang dan isinya. Kisar isi ikan hingga hancur.

3. Masukkan kedua-dua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan air jika terlalu pekat.

4. Rebus bahan tadi. Masukkan juga asam gelugur, bunga kantan, daun kesum dan garam secukup rasa.

5. Tunggu hingga mendidih, kemudian bolehlah dihidang bersama laksa.

Jumaat, 15 April 2011

Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau


Bahan-bahan :


½ kg kacang hijau (dibasuh dan direndam semalaman)
3 senduk gula merah (dimasak bersama sedikit air sehingga hancur dan ditapis)
1 ½ senduk gula putih
Sagu
2 helai daun pandan (diikat)
1 sudu kecil garam
1 biji kelapa parut dijadikan santan


Cara Membuatnya : 


Rebus kacang hijau hingga empuk. Masukkan gula merah dan gula putih. 

Masukkan santan, daun pandan dan  garam. Tunggu sehingga mendidih. 

Setelah mendidih masukkan sagu. Tunggu sehingga sagu masak.

Sedia untuk dihidang.