Biskut Samperit

Isnin, 29 Ogos 2011

Biskut Samperit

Biskut Samperit

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
¼ cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
Ceri merah

Cara Membuatnya :

Putar marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi.

Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.

Kemudian, tekan dengan menggunakan acuan samperit. Letakkan ceri di atasnya. Bolehlah dibakar hingga masak.

2 ulasan:

  1. Ni satu lagi kuih nostalgia akak. Dah bertahun-tahun cuba buat, tapi tak sama rasanya macam ibu akak buat, walaupun dah ikut resepinya bulat-bulat. Bonda akak selalu buat guna acuan sawa kecil pecah lima. Comel gitu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang dulu-dulu memang terer bab masak-memasak. Kalau kak nak lebih rangup kuih samperit nie, boleh goreng dulu tepung gandum dan tepung jagung. Saya tak goreng sebab kuih mudah hancur dan kena berhati-hati selalu..hehe..

      Padam