Kuih Bakar Kacang

Isnin, 29 Ogos 2011

Kuih Bakar Kacang

Kuih Bakar Kacang

Bahan-bahan :

1 kg kacang hijau yang dibuang kulit
1 kg tepung ubi
Gula halus
4 biji telur
Sedikit garam
Santan pekat daripada 1 biji kelapa

Cara Membuatnya :

Kacang hijau dibasuh dan digoreng tanpa minyak hingga kuning dan garing. Tepung ubi juga digoreng tanpa minyak hingga wangi dan ringan.

Setelah itu, kisar kacang hijau hingga halus. Ayak agar kisaran kacang lebih halus.

Sukat kacang hijau yang telah dimesin menggunakan mangkuk.

Perhatian :

1 mangkuk kacang yang dimesin bersamaan 1 mangkuk gula halus dan 1 mangkuk tepung ubi harus dimasukkan ke dalam adunan. 

Contohnya jika terdapat 3 mangkuk kacang yang telah dimesin, sila masukkan 3 mangkuk gula halus dan 3 mangkuk tepung ubi.

Kacau rata ketiga-tiga bahan ini.

Telur dipecah dan dipukul hingga kembang dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur ke dalam campuran tepung tadi. Gaul lagi.

Kemudian masukkan santan secukupnya. Uli hingga sebati.

Tekan doh dengan meletakkan sedikit minyak ke atas acuan agar mudah untuk mengeluarkan kuih dan tidak menjejaskan kecantikan kuih.

Bakar dalam oven hingga masak dan garing.

14 ulasan:

  1. Salam Balqis,
    mummy suka betoi dgn kueh ni, but tak tahu nak membuat nye, mummy nak cuba buat lah ni...TQ....(:D

    BalasPadam
  2. Wslm..saya pun tak pandai sangat buat.Mak yang selalu buat..ini resepi mak..mummy cubalah..

    BalasPadam
  3. salam kenal,
    izin share resepi ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan..tapi kalau boleh, jangan lupa linkkan di sini yer..hehe

      Padam
  4. salam balkish .saya nak mintak izin resepi haulu dengan kuih bakar.. nak cuba di rmah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..cubalah..semoga menjadi dan sedap..kalau kurang menjadi, maafkan yer..saya share apa yang pernah saya atau ibu pernah buat..

      Padam
  5. SALAM KAK BALQIS..MAK SY SUKA SGT NGAN KUIH NIE..KADANG² TUE SMPI MIMPI NK MKN..THNKS ATS RISEPI K...NNT SY TRY WAT..HUHU

    BalasPadam
  6. Ya ka..orang dulu2 memang suka sangat kuih bakar kacang..mak kakak pun suka..tiap kali raya kena buat sbb kegemaran mak..

    BalasPadam
  7. Terima kasih, moga mendapat pahala kerana mengajarkan cara membuatnya kepada semua orang. Jazzakallah jazak.

    BalasPadam
  8. Balqis, terima kasih kerana menyiarkan cara membuat kuih berkenaan, kuih ini telah diminta oleh seorang ustaz yang terkenal tentang resepi membuatnya daripada saya , kerana beliau ingin menjual bagi menampung kos sekolah tahfisnya.Harap halalkan ilmu Balqis kepada ustaz berkenaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya halalkan ilmu yang tidak seberapa ini. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak..moga kita semua diberkati oleh-Nya...

      Padam
  9. salam. boleh tak kalau gunakan terus tepung kcg hijau? dan berape bji telur utk 1 cwn tepung? harap dpt penjelasan..tk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..boleh jika hendak gunakan tepung kacang hijau terus.. Tetapi kena goreng dahulu tanpa minyak hingga wangi.

      Jika 1 cawan tepung, masukkan 1 biji telur...

      Padam