Apam Tepung Beras

Isnin, 22 Jun 2015

Apam Tepung Beras

Apam Tepung Beras

Apam Tepung Beras

Bahan - bahan :

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 ¼ cawan air
1 sudu kecil yis
Sepeket kecil eno


Cara Membuatnya :

1. Blend secawan nasi sejuk dengan air hingga hancur dan halus.

2. Masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.

3. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam.

4. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno. Kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biarkan sebentar.

5. Panaskan kukusan. Sapu acuan dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

6. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20 minit dengan api kuat.

7. Boleh dimakan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

4 ulasan:

  1. Sedapnyaaa :) Comel pulak bentuk love gitu

    BalasPadam
  2. sedap lagi kalau awak letak kelapa parut..hihi...ada cmpur eno ye??saya punye resepi pon mudah gak..tapi lain sikit dr resepi awak ni..sedap makan panas2...nyum nyum...

    salam ramadhan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang makan dengan kelapa parut pun tapi tak letak dalam gambar... Kalau mudah bolehlah saya cuba resipi Sue pula nanti :)

      Padam