Roti Kukus Sri Kaya

Saturday, June 23, 2012

Roti Kukus Sri Kaya

Roti Kukus Sri Kaya

Roti Kukus

Bahan Untuk Roti :

800 gram -1 kg tepung gandum
2-3 sudu besar gula pasir
1 bungkus yis mauripan  (11 gram)
Air secukupnya

Bahan Untuk Sri Kaya :

6 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
6 sudu besar gula merah
Gula pasir secukup rasa
Santan secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

Cara Membuat Roti :

1. Campurkan ke semua bahan. Masukkan air sedikit-demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

2. Buat bentuk bulat kecil dan dimasukkan ke dalam loyang. Pastikan loyang disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

3. Tunggu hingga doh naik 2 kali ganda kemudian bolehlah dikukus sehingga masak.

Cara Membuat Sri Kaya :

1. Masak gula merah bersama sedikit air sehingga hancur dan ditapis. Ketepikan. 

2. Campurkan tepung gandum, gula pasir, telur dan sedikit garam di dalam bekas. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan. Pastikan tepung gandum tidak berketul.

3. Seterusnya, masukkan air gula merah yang ditapis tadi. Kacau hingga semuanya sebati.

4. Masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan. Masak hingga mendidih dan agak pekat.

5. Bolehlah dihidang bersama roti.

2 comments:

  1. Assalammualaikum Balkish dan salam kenal. Kaya buat sendiri pasti lebih sedap kan? Roti kukus pula bagus utk kesihatan tapi akak ni bertiga, kalau buat....tolong hantar utk jiran je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..salam perkenalan juga..tak pe kak dapat pahala..lagipun seronok dapat bagi orang makan.

      Delete