Kek Eno ~Kak Ani~

Khamis, 12 Julai 2012

Kek Eno ~Kak Ani~

Kek Eno

Bahan-bahan :

1 cawan gula
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
Eno separuh peket
1 ½ cawan minyak
Sedikit pewarna

Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga kembang. 

Masukkan eno, minyak dan tepung gandum. Masukkan juga sedikit pewarna. Sekiranya suka, boleh masukkan buah-buahan campuran. Kacau hingga sebati.

Alas permukaan loyang dengan kertas minyak terlebih dahulu. Tuang adunan ke dalam loyang.

Bakar hingga masak.

2 ulasan: