Agar-Agar Kering

Agar-Agar Kering

Agar-agar Kering

Agar-agar Kering Warna-warni

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar bertali (37.5 gram)
1 kg gula pasir
Air yang disukat
Pewarna merah, hijau dan kuning


Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali, basuh agar-agar bertali hingga bersih.

2. Masukkan agar-agar ini ke dalam jug air. Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.

3. Tandakan kedudukan agar-agar tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug, tandakan kedudukan tersebut.

4. Setelah itu, tuangkan agar-agar ke dalam periuk.

5. Masukkan air sebanyak 2 kali di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.

6. Rebus agar-agar bersama air yang disukat sehingga mendidih dan hancur.

7. Apabila agar-agar telah hancur semuanya, masukkan gula pasir.

8. Masak hingga mendidih dan bolehlah tutup api.

9. Asingkan agar-agar kepada 4 bekas. Setiap bekas diwarnakan dengan warna yang berlainan. Hijau, kuning, merah dan satu lagi dibiarkan putih.

10. Setelah sejuk dan keras bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas kering.

11. Jemur agar-agar. Sesekali balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata. Jemur sehingga seminggu dan agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.

10 ulasan:

  1. nostalgia bila nampak agar2 ni..dah masuk 20 tahun keluarga sy tak buat agar2 ni.dulu mmg antara menu wajib untuk hidangan hari raya untuk ttamu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya, saya pula baru belajar buat agar-agar nie dan cuba memperbaikinya...nostalgia tetap menjadi kenangan selama-lamanya..mgkn ia akan berulang kembali...

      Padam
  2. Kalau 30 tahun yang lalu agar-agar ini menjadi kegemaran Kak Noor, sehingga kini ia masih menjadi faveret akak. Cuma sekarang ini tak ramai orang yang hidangkannya. Semasa kanak-kanak dulu kalau pergi beraya rumah orang, mesti mencari agar-agar kering ini dulu. Resepi dulu lagi sedap daripada sekarang ini. Tak tahu ngpe? Mungkin air tangan mak dan nenek kita kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang banyak kuih moden jer Kak Noor..yang menggunakan marjerin. Kecuali ada lagi orang tua-tua yang suka membuatnya..

      Padam
  3. salam Eyma... tanpa gula batu pun boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..yer, saya buat tanpa menggunakan gula batu. Resipi dari nenek saya :)

      Padam
    2. Ingatkan tanpa gula batu dia tak boleh kering... tu yg malas buat sbb malas cari gula batu. Lepas ni bolehlah cuba...tq Eyma....

      Padam
  4. Balasan
    1. Saya akan melapik talam dengan plastik. Kemudian, susun agar-agar yang telah dipotong. Tutup talam tersebut dengan sehelai kain yang jarang supaya agar-agar tidak masuk habuk dan tidak tercemar.

      Gunakan kain yang nipis sahaja supaya agar-agar cepat kering. Jemur di tempat yang betul-betul panas di bawah cahaya matahari. Tak kisah di mana pun asalkan tempat tersebut terkena cahaya matahari...

      Harap dapat membantu....

      Padam
  5. Hello Eyma, love this agar2, so colourful. Ini bila tengok TV best.
    Kids sure love this too.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam