Biskut Tart Rose Pandan

Rabu, 19 September 2012

Biskut Tart Rose Pandan

Biskut Tart Rose Pandan

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastard
100 gram gula aising
1 sudu teh esen pandan
½ sudu teh pewarna hijau
Jem strawberi secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau.

2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Uli sehingga sebati.

3. Bentukkan kuih mengikut gambar di bawah. Kemudian, bakar sehingga masak.

Perhatian : Jika kuih terlalu lembut, sila tambahkan tepung gandum atau tepung jagung. Gambar di bawah adalah dari blog lain.


Cara Membentuk Kuih :

Gambar 1 :
Leperkan doh tadi. Potong adunan menggunakan acuan berbunga. Sapukan sedikit jem strawberi di atasnya.


Gambar 2 :
Setelah disapu jem. Bentukkan melengkung seperti di dalam gambar.


Gambar 3 :
Rapatkan dua keping kuih.


Gambar 4 :
Masukkan kuih di dalam acuan kertas. Bakar hingga masak.

2 ulasan:

  1. Tak sanggup akak nak buat mcm ni Balkish...kena ada mood rajin baru jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak, perlu banyak masa untuk siapkan. Memerlukan kesabaran yang tinggi..

      Padam