Pulut Kukus Bersama Kelapa

Jumaat, 21 September 2012

Pulut Kukus Bersama Kelapa

Pulut Kukus Bersama Kelapa

Pulut Kukus


Bahan Untuk Pulut Kukus:

Beras pulut (direndam semalaman)
Santan
Sedikit garam untuk melemakkan

Inti Kelapa :

Kelapa parut (dibuang kulit)
Gula merah
Gula putih


Cara Memasak Pulut :

Basuh beras pulut yang direndam. Toskan airnya. Kukus pulut tersebut hingga masak. 

Sementara menunggu pulut masak, masukkan santan di dalam periuk bersama sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Tutup api.

Setelah pulut masak, semasa masih panas lagi tuangkan santan yang dimasak tadi. Masukkan santan secukupnya dan dikacau hingga sebati. Pulut akan menjadi lembut jika dimasukkan santan dengan jumlah yang mencukupi.

Jika pulut masih juga kurang lembut, anda boleh kukus semula pulut tersebut buat seketika setelah dimasukkan santan. Pulut anda akan menjadi lembut dan tahan lama.

Sedia untuk dihidang.


Cara Membuat Inti Kelapa:

Gula merah dimasak bersama sedikit air sehingga hancur dan ditapis. Gula merah perlu ditapis agar dapat membuang bendasing yang terdapat di dalam gula tersebut.

Setelah itu, campurkan kelapa parut, air gula merah dan gula. Masak di atas api sehingga kering. Hendaklah dikacau selalu semasa memasaknya.

Tutup api. Hidangkan bersama pulut.


Nota : Juadah ini sering disediakan semasa majlis perkahwinan di kampung saya. Enak juga dimakan bersama ikan kering. Juadah ini dimasak secara bergotong-royong.

4 ulasan:

  1. Salam, pulut ni makan bersama air kopi Cek Nah memang pergh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari tu buat tak cukup, sampai ada yang bertanya lagi..hehe..

      Padam
  2. kecik2 dulu selalu mak buat macam ni buat sarapan..terimbau kenangan lalu pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kala makananlah yang membuatkan kita teringat memori lalu..rasa rindu untuk kembali ke masa itu kan...

      Padam