Serawa Ubi Keledek

Isnin, 15 Oktober 2012

Serawa Ubi Keledek

Serawa Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.

4 ulasan:

  1. dah lama tak makan..sedapnya makan petang2 macam ni..

    BalasPadam
  2. ermm...yummy! petang ni bolehlah buat... keledek manis Cameron ada 2 ketol... sedapnyaaaa

    BalasPadam