Kuih Buah Rotan

Khamis, 8 Ogos 2013

Kuih Buah Rotan

Kuih Buah Rotan

Bahan-bahan :

400 gram tepung pulut
Santan
2 biji telur ayam (pukul sedikit)
Sedikit garam
4 sudu besar gula
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

Santan dimasak hingga mendidih. Biarkan ianya sejuk.

Masukkan tepung pulut di dalam bekas. Masukkan gula, garam dan juga telur. Gaulkan.

Akhir sekali, masukkan santan yang dimasak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Uli seperti adunan membuat karipap.

Ambil sedikit adunan dan buat bentuk bulat-bulat kecil. Jangan buat terlalu besar kerana ia akan mengembang ketika digoreng nanti.

Letakkan ke dalam bekas yang berisi bijan dan digolek-golekkan agar kena pada semua permukaan kuih dan tidak melekat antara satu sama lain.

Goreng hingga garing dengan api yang sederhana. Sedia untuk dihidang.

5 ulasan:

  1. saya dah try buat kuih ni,guna santan...keras jadi nye....tp bila saya buat lain,hanya gunakan air gula,elok rangup nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke..saya tak pernah pula buat menggunakan air gula sahaja.. Jika guna santan, rasanya lebih berlemak dan enak..



      Padam
    2. Salam,

      saya pula tak pernah buat. Makan aja

      Padam