Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Jumaat, 8 November 2013

Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Kek Coklat Kukus Kak Sheila
Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis.

3. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat di dalam pengayak dan ayakkannya bersama-sama.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis dan kacau hingga semuanya sebati.

5. Akhir sekali, masukkan minyak masak.

6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin atau boleh alaskan kertas minyak di atasnya. Tuangkan adunan ke dalam loyang untuk dikukus.

7. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu dan kukus sehingga masak.

8. Letakkan coklat masakan atau topping agar kek lebih enak dan menarik. 

9. Sedia untuk dihidang.

2 ulasan:

  1. nampak sedap je..
    hanya mampu melihat~~ hihihi..

    BalasPadam
  2. nampak sedap, blh la try tuk project weekend nie...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    BalasPadam