Simpul Kasih Ikan Bilis

Jumaat, 22 November 2013

Simpul Kasih Ikan Bilis

Simpul Kasih Ikan Bilis

Bahan-bahan :

200 gram  ikan bilis putih
20 tangkai cili kering @ 3-4 sudu besar cili kisar
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
3 batang serai (dihiris halus)
Santan secukupnya
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya
Minyak


Cara Membuatnya :

1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain termasuklah santan.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

3. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masak hingga kering dengan api sederhana. Hendaklah dikacau selalu agar tidak hangit.

5. Jika masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering.

6. Potong kulit popia kepada beberapa bahagian. Letakkan sedikit sahaja serunding ikan bilis di tengah dan gulungkannya. Simpul kulit popia tersebut dengan berhati-hati.

7. Jika kulit popia menjadi kering dan mudah patah, lembabkannya dengan tuala basah. Anda jangan mengeluarkan kulit popia terlalu banyak diluar. Keluarkan sedikit demi sedikit dari peti ais agar kulit popia tidak menjadi kering.

8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Jangan goreng terlalu lama kerana kulit popia mudah hangus.

9. Apabila telah kuning keemasan, bolehlah  diangkat. Sedia untuk dihidang

3 ulasan:

  1. hmm...sedap...kalau udang kering lagi sedap...namanya simpul sayang hehee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke..nanti bolehlah cuba..tapi kena cari resipi la dulu... :)

      Padam