Bubur Puteri Mandi Durian @ Wadai Kepeng Durian

Khamis, 12 Disember 2013

Bubur Puteri Mandi Durian @ Wadai Kepeng Durian

Bubur Puteri Mandi Durian atau Wadai Kepeng Durian
Kuih tradisional orang Banjar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung pulut
½ cawan tepung beras
Kapur sirih
Santan
½ cawan gula merah
Gula pasir secukup rasa
Sedikit garam
Durian


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut di dalam satu bekas.

2. Bancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

3. Buat bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar. Bentukkan sehingga habis.

4. Apabila semuanya sudah siap, ketepikan dahulu.

5. Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

6. Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi bersama sedikit garam. Masak di atas api hingga mendidih.

7. Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi bersama buah durian. Kacau supaya kuih tidak bergumpal sesama sendiri.

8. Setelah kesemua kuih timbul di permukaan santan barulah kuih tersebut telah masak. Tutup api dan bolehlah dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan