Karipap Serunding Mini

Ahad, 1 Disember 2013

Karipap Serunding Mini

Karipap serunding mini

Bahan-bahan :

400 gram tepung gandum
150 gram air
1 camca teh garam
4 camca besar marjerin
1 cawan serunding
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam


Cara Membuatnya :

1. Larutkan garam dalam air.

2. Gaul ramas majerin dan tepung sehingga tidak nampak lagi butiran-butiran marjerin.

3. Masukkan semua air sekaligus dan uli sehingga mendapat doh yang sedikit keras.

4. Kandungan air bergantung kepada tepung jadi jika adunan terlalu lembut, anda boleh menambah tepung. Begitu juga jika adunan terlalu keras sehingga tak boleh dicanai. Tambahkan air jika perlu.

5. Canaikan adunan senipis 1 mm. Isi inti dan bentukkan menjadi karipap menggunakan pencetak. Buat sehingga habis semua doh.

6. Panaskan minyak dengan api perlahan. Gorengkan karipap mini sehingga kekuningan.

7. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Tip Masakan :

Faktor paling penting dalam menghasilkan karipap mini adalah kerangupannya. Kerangupan karipap mini berlainan dengan kerangupan karipap biasa. Doh karipap mini menggunakan minyak yang sedikit supaya kerangupannya menyamai kerangupan biskut cream cracker. 

Ia perlu digoreng dengan api perlahan agar dapat menjadikan bahagian dalam kulit karipap juga garing. Ini bererti keseluruhan kulit karipap masak sepenuhnya dan menjadi garing. Berbeza dengan karipap biasa yang hanya garing diluar malah kulitnya lebih rapuh dengan penggunaan minyak yang banyak.

Biasanya karipap mini yang dibeli sering berbau hapak malah rasanya juga berubah setelah lama disimpan. Disinilah kegunaan marjerin. Ia dapat mengurangkan risiko ini untuk membolehkan ia disimpan lebih lama walaupun dibungkus dalam plastik.

Jika membuat karipap biasa, kita akan menyusun karipap yang siap dibentuk satu persatu dalam dulang supaya tidak melekat sesama mereka. Apabila menggunakan minyak yang sedikit dalam doh, kebarangkalian doh untuk melekat semula lebih tinggi. 

Jadi anda perlu menguli doh dengan lebih keras lagi. Takkan nak susun karipap mini yang halus-halus satu-persatu. Lambakkan karipap mini dalam dulang tanpa perlu risau karipap berubah bentuk. Bagaimanapun saya nasihatkan supaya anda tidak menindih terlalu tinggi. Cukuplah setakat 3 lapisan sahaja.


Nota : Resipi dan tips ini saya copy dari sebuah blog.

Nak resipi serunding? Klik di Serunding Ikan Bilis

2 ulasan:

  1. best ni kalau dpt makan ptg2 time tgk tv..hehehe..salam kenal..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga..memang best pun.. sedar-sedar dah nak habis...:)

      Padam