Ayam Goreng Simple

Jumaat, 15 Ogos 2014

Ayam Goreng Simple

Ayam Goreng Simple

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar serbuk kari daging
2 biji telur
1 sudu teh perencah Hilal (jika suka)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Ayam dipotong mengikut kesesuaian dan bersihkan.

2. Masukkan garam secukup rasa pada ayam tersebut.

3. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sedikit.

4. Gaulkan kepingan ayam di dalam mangkuk yang berisi telur.

5. Campurkan tepung gandum, serbuk kari dan perencah Hilal di dalam bekas.

6. Kemudian, gaulkan ayam dalam campuran tepung tadi.

7. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan tuskan.

8. Sedia untuk dihidang.

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Perencah hilal ianya seperti ajinomoto juga iaitu memberi rasa sedap pada masakan. Tetapi perencah hilal ianya lebih sihat kerana diperbuat daripada ubi kayu. Cuba Haja search di google. Perencah hilal ini plastiknya berwarna kuning. Eyma lebih gemar menggunakan perencah ini berbanding ajinomoto :)

      Padam
    2. Masukkan sedikit sahaja perencah Hilal ini agar memberi rasa lebih sedap. Selamat Mencuba :)

      Padam