Kari Ikan Sepat

Isnin, 11 Ogos 2014

Kari Ikan Sepat

gulai atau kari ikan sepat

Bahan A :

Ikan Sepat (dibersihkan)
8 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
2 biji buah tomato (dipotong  4)
Kacang bendi (dipotong)
Air asam jawa
Santan pekat
Minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (Untuk Menumis) :

5 biji bawang merah (ditumbuk atau dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
1 inci halia (ditumbuk atau dihiris)
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih.

4. Masukkan kacang bendi dan ikan.

5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak.

6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam.

7. Biarkan sehingga tomato lembut. Tutup api.

8. Hidangkan dengan nasi putih.

6 ulasan:

  1. Kakak kalau dpt macam ini makan tomato/kacang bendi dia pun dah sedap.
    Masa makan pulak curah sikit kicap kat nasi sedapnyaaaa:0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak.. saya pun suka makan dengan kicap...

      Padam
  2. Waduh2, sedapnya tengok akri ikan sepat ni..haish, terliur rada..heheh..boleh la lepas ni try masak..tq sharing )

    BalasPadam
  3. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. sedap ni!!!! Lama x makan gulai ikan sepat ni :)

    BalasPadam
  5. ikan sepat? wah xpena masak ikan ni.. salu masak ikan caru je. hehe

    BalasPadam