Step by Step Cara Membuat Kuih Denderam

Isnin, 27 Oktober 2014

Step by Step Cara Membuat Kuih Denderam

Kuih denderam

Kuih denderam atau juga dikenali sebagai kuih peniaram atau kuih telinga keling atau kuih telinga hindu, disebabkan warnanya yang gelap. Ia merupakan sejenis kuih manis tradisional yang sedap rasanya. 

Resipi Kuih Denderam

Oleh : Sajian Hati


Bahan-bahan :
700 gram gula merah
200 gram gula putih
1 kg tepung beras
2 cawan air
1 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya :


Campurkan gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masak gula merah dan gula putih bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih. Pastikan ia mendidih kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya.


Ayak tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis. Jika masih keras dan tidak boleh dikacau, boleh tambahkan sedikit air panas.


Kacau hingga sebati sehingga membentuk doh seperti gambar di atas. Setelah itu, simpan doh selama semalaman untuk menyejukkannya.


Keesokannya, uli doh tersebut dengan menggunakan tangan. Uli hingga rata seperti di dalam gambar.


Ambil plastik besar dan sapukan minyak di permukaan plastik tersebut agar doh tidak melekat. Canaikan doh di atas plastik.


 Kemudian, tekan dengan menggunakan acuan kuih denderam.


Jika tiada acuan tersebut, boleh juga menggunakan objek bulat dan ditekan. Seterusnya, tebukkan lubang di tengahnya.


Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Biarkan ia sejuk dan masuk angin agar kuih menjadi lembut. Sedap juga dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba :)

15 ulasan:

  1. Sedap mkn wktu panas..kuih ni manis kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ianya agak manis.. Kalau kurang manis, kurang menjadi kuih ini :)

      Padam
  2. SALAM, AMIK RESEPI YER.. MMG SUKA WAT KUIH NI TAPI AKAK WAT MASA PROSES MENGORENG MESTI ADA YG PECAH.. AKAK NAK TRY RESEPI NI PLAK..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..ambil ler dan jangan lupa linkkan di sini jika letak di blog. Setakat ini resipi nie ok. Tak pernah pecah masa mengoreng. Cubalah yer :)

      Padam
  3. timekasi resipi ni.. dah join blog.. :D

    BalasPadam
  4. tak pernah kak ana mencuba resepi kuih ni eyma, datang dan follow #278 dari IG..:)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..menjadi pkai resepi ni..sblum ni dh puas try resepi lain..keras kelengkung jdnye..huhu

    BalasPadam
  6. Cawan nak pki sukat air nye cawan model ape y

    BalasPadam
  7. adunan nya boleh simpan dalam peti ais tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu nanti terlajak keras susah nak uli :)

      Padam
  8. sya nk cuba resepi ni utk jual harap2 jdla

    BalasPadam