Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Rabu, 19 November 2014

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

pulut kacau gula merah

Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan. Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik dan pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya.

Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras.

Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka yang dari pantai timur. Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis, sesetengah orang tidak menggemarinya.


RESEPI WAJIK @ PULUT KACAU GULA MERAH

OLEH : SAJIAN HATI


Bahan-bahannya :


1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 kg gula merah
500 gram gula pasir
3 cawan air
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :


Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Basuh dan rendam beras pulut semalaman. Kemudian, toskan airnya.

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Masukkan pulut di dalam periuk pengukus dan buatkan lubang di tengahnya. Panaskan periuk pengukus dan kukus pulut sehingga masak.

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Campurkan gula merah dan gula putih di dalam periuk beserta daun pandan. Masak campuran gula tersebut bersama air sehingga gula larut dan ditapis.

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Tutup api apabila pulut telah masak atau lembut seperti di dalam gambar.

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Di dalam kuali, campurkan santan dan air gula yang ditapis tadi. Letakkan daun pandan yang disimpul untuk mewangikannya.

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Masak sehingga mendidih. Masukkan pulut dan kacau sehingga airnya kering.

Step by Step Cara Membuat Wajik Gula Merah

Tuangkan ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk sepenuhnya. Potong dan sedia untuk dihidang.

4 ulasan:

  1. Oh... macam tu ye
    Kakak memang seumur hidup tak pernah nampak dan tak pernah buat
    Makan aje pandai hihi...

    BalasPadam
  2. rajin kongsi resepi..huhu.kalau yg susah2 mcm xrajin je nak buat.Tapi kalau teringin sangat nk makan..susah mana pun leceh mana pun mesti nak try.lg2 yg favourite I HIHI

    BalasPadam