Biskut Oat Koko

Rabu, 24 Disember 2014

Biskut Oat Koko

Biskut Oat Koko

Biskut Oat Koko

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
3 cawan oat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
5 sudu besar serbuk koko
50 gram coklat chip


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dan marjerin sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

3. Masukkan serbuk koko dan oat. 

4. Ayak tepung bersama soda dan masukkan sedikit demi sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan coklat chip.

6. Uli sehingga mendapat doh yang baik.

7. Buat bentuk bulat dan tekankannya di atas dulang pembakar.

8. Bakar di dalam ketuhar sehingga masak.

10 ulasan:

  1. eyma, lapar pula tengok biskut ni time2 hujan2 ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun time hujan selalu lapar sebab tu buat biskut. Senang, boleh simpan lama :)

      Padam
  2. sedapnya.... baca entry ni teringat oat yg banyak beli tapi tak berapa nak rajin makan tu

    BalasPadam
  3. as'salam blog resipi yang nice ni..Etuza dah follow ya..jengok blog Etuza juga ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..tq kerana sudi follow dan saya sudah follow Etuza kembali :)

      Padam
  4. Assalamualaikum,bila masanya nak letak serbuk koko...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..terima kasih kerana menegur. Tak perasan pula saya. Sekarang sudah diperbetul...Tq... :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Suhu 180 darjah Celcius dan lebih kurang 20 minit macam tu..

      Padam