Agar-agar Roti Milo

Isnin, 12 Januari 2015

Agar-agar Roti Milo

Agar-agar Roti Milo

Agar-agar Roti Milo

Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
1 tin susu cair
4 ½ cawan air
5 keping roti
1 sudu planta
Milo
Gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu cair sehingga halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air sehingga hancur.

3. Kemudian, masukkan gula secukup rasa.

4. Tuangkan adunan roti yang dikisar ke dalam agar-agar tadi.

5. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

6. Masukkan planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.

7. Apabila telah mendidih, tutup api.

8. Asingkan sedikit adunan dan masukkan milo. Kacau hingga sebati.

9. Tuangkan adunan roti tadi ke dalam acuan secara berselang.

10. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dihidang.

2 ulasan:

  1. nampak enak dan mudah disediakan, kak ana belum pernah buat agar-agar roti ni, mungkin akan cuba nanti, tq for sharing Eyma :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kak...sedap ni..cubalah buat :)

      Padam