Agar-agar Santan Pandan

Isnin, 16 Februari 2015

Agar-agar Santan Pandan

Agar-agar Santan Pandan

Agar-agar Santan Pandan

Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar
5 cawan air
Gula secukup rasa
6 helai daun pandan
3 cawan santan
1 biji telur
Pewarna hijau
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air sehingga hancur.

2. Masukkan gula dan biarkan gula larut.

3. Mesin daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan.

4. Campurkan santan dengan air daun pandan, garam dan juga telur.

5. Kacau sebati dan masukkan campuran tersebut ke dalam agar-agar.

6. Letakkan juga sedikit pewarna hijau dan biarkan mendidih.

7. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan.

8. Biarkan sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan