Roti Canai Garing Tapi Lembut

Khamis, 30 April 2015

Roti Canai Garing Tapi Lembut

Roti Canai Garing Tapi Lembut

Bahan Untuk Membuat Roti Canai :

1 kg tepung gandum
2 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
1 biji telur
Air suam
Garam secukup rasa
Air biasa


Bahan Untuk Membuat Kuah :

1 ½ cawan kacang dhal
7 sudu besar serbuk kari daging
Garam secukup rasa
1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
Ikan bilis (ditumbuk)
Minyak (untuk menumis)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
Air


Cara Membuat Roti Canai :

1. Masukkan tepung gandum, marjerin, telur, gula dan garam di dalam bekas.

2. Gaulkan sehingga sekata.

3. Tuangkan air suam dan gaulkan lagi.

4. Masukkan air biasa dan uli sehingga doh lembut tapi tidak melekat.

5. Setelah siap bolehlah bentukkan bulat-bulat kecil.

6. Tuangkan minyak di dalam bekas dan masukkan doh tersebut.

7. Perap selama 4 hingga 5 jam dan kemudian bolehlah dicanai.

8. Goreng dengan sedikit minyak sehingga garing.

9. Sedia dinikmati bersama kuah kacang dhal.


Cara Membuat Kuah :

1. Rendam kacang dhal semalam. Kemudian rebus sehingga empuk.

2. Lenyek-lenyekkan kacang dhal tersebut dan masukkan ubi keledek.

3. Rebus lagi sehingga ubi empuk.

4. Di dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari.

5. Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

6. Masak sehingga pecah minyak dan tuangkan ke dalam periuk yang berisi kacang dhal.

7. Masukkan air secukupnya dan tambahkan garam serta ikan bilis.

8. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.

9. Hidangkan roti canai bersama kuahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan