Step by Step Cara Membuat Kuih Bakar Kacang

Rabu, 30 September 2015

Step by Step Cara Membuat Kuih Bakar Kacang

Kuih Bakar Kacang

Kuih bakar kacang merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada kacang hijau. Kacang hijau yang telah dibuang kulit, di basuh dan digoreng hingga keperangan. Kemudian dikisar sehingga halus. Dicampur dengan tepung ubi dan bahan lain.

Kuih tradisional ini mempunyai acuan yang unik dengan corak daunnya. Kuih ini menjadi kegemaran masyarakat Melayu di Malaysia terutama golongan tua. Ia sesuai untuk majlis kenduri dan hidangan hari raya. Kuih ini sukar didapati kerana proses membuatnya yang agak rumit iaitu ketika proses menerapnya dan tiada generasi baru yang mahu mempelajarinya.


RESIPI KUIH BAKAR KACANG

OLEH : SAJIAN HATI


Bahan-bahan :


1 kg kacang hijau yang dibuang kulit
1 kg tepung ubi
Gula halus secukupnya
4 biji telur
Sedikit garam
Santan pekat daripada sebiji kelapa


Cara Membuatnya :

Kacang hijau dibasuh dan digoreng tanpa minyak hingga kuning dan garing.



 Tepung ubi juga digoreng tanpa minyak hingga wangi dan ringan.



Setelah itu, kisar kacang hijau hingga halus. Ayak agar kisaran kacang lebih halus. Sukat kacang hijau yang telah dimesin menggunakan mangkuk.


Perhatian :

1 mangkuk kacang yang dimesin bersamaan 1 mangkuk gula halus dan 1 mangkuk tepung ubi harus dimasukkan ke dalam adunan.

Contohnya jika terdapat 3 mangkuk kacang yang telah dimesin, sila masukkan 3 mangkuk gula halus dan 3 mangkuk tepung ubi.

Setelah disukat semua, lebihkan sedikit gula dengan memasukkan 5 sudu besar gula halus lagi. Kacau rata ketiga-tiga bahan ini.



Telur dipecah dan dipukul hingga kembang dan masukkan sedikit garam.



Seterusnya, masukkan telur ke dalam campuran tepung tadi. Gaul lagi.



Kemudian masukkan santan secukupnya. Uli hingga sebati.



Tekan doh dengan meletakkan sedikit minyak ke atas acuan agar mudah untuk mengeluarkan kuih dan tidak menjejaskan kecantikan kuih.


Sebelum meletakkan kuih di atas loyang, sapukan sedikit minyak di atasnya agar kuih mudah ditanggalkan dan tidak melekat.


Bakar dalam ketuhar hingga masak dan garing. Sedia untuk dinikmati.


Kuih Bakar Kacang

6 ulasan:

  1. eyma ni memang salah satu kuih tradisional melayu yang semakin dipinggirkan, teringat arwah opah saudara kak ana rajin buat ni, cuma versi arwah dulu dijemur tidak dibakar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang jemur tu putu kacag kot

      Padam
    2. Boleh saya tahu mana ada jual acuan kayu kyih bakar kacang ni?

      Padam
    3. Salam kak.. boleh saya tahu macamana nak buang kulit kacang hijau tu ye.. adakah perlu direndam dulu semalaman dan esoknya br mudah kupas.. atau ada cara lain ke kak?

      Padam
    4. Ayah beli yang sudah siap dibuang kulit :)

      Padam
  2. Saya pun tak pasti kerana acuan ini emak yang beli. Sudah lama sangat acuan ini. Tapi pernah nampak di kedai yang menjual bersama acuan-acuan yang lain contoh acuan tempeyek dan sebagainya.

    BalasPadam