Dadih Menggunakan Agar-agar Tali

Jumaat, 16 Disember 2016

Dadih Menggunakan Agar-agar Tali

Dadih Menggunakan Agar-agar Tali

Dadih Menggunakan Agar-agar Tali

Dadih Menggunakan Agar-agar Tali

Dadih Menggunakan Agar-agar Tali

Bahan-bahan :

10 gram agar-agar tali
8 mug air
Gula secukup rasa
1 mug susu tepung
½ mug susu cair
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 8 mug air hingga hancur.

2. Letakkan juga daun pandan agar lebih wangi.

3. Apabila agar-agar hancur, masukkan gula dan biarkan gula larut.

4. Perlahankan api, masukkan susu tepung dan kacau hingga sebati.

5. Pastikan susu tepung tidak berketul.

6. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih.

7. Tutup api dan bahagikan kepada beberapa bahagian.

8. Tuangkan perisa yang digemari.

9. Biarkan agar-agar sejuk sepenuhnya di dalam peti ais.


Nota :

- Boleh masukkan perisa milo, serbuk koko, strawberi emulco, pandan emulco dan sebagainya mengikut citarasa sendiri.

- Boleh juga dibiarkan kosong jika mahu perisa susu. Selamat Mencuba :)

2 ulasan:

  1. Kenapa susah nak masuk blog Eyma ni...macam2 kena klik..hihii... Apapun dadih tu nampak sedap. Saya suka dadih tanpa susu...hihii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah..Semua iklan nak cuba..tamak..hihi..

      Ada ke dadih tanpa susu? Tak tahu pula.. :)

      Padam