Cornflakes Madu Pedas

Isnin, 20 Februari 2017

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Bahan-bahan :

275 gram corn flakes
2 sudu besar cili yang dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu teh garam halus
8 sudu besar madu
100 gram mentega @ marjerin


Cara Membuatnya :

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

2. Cairkan butter dalam kuali.

3. Masukkan bawang yang ditumbuk.

4. Goreng hingga wangi dan garing.

5. Campurkan pula cili kisar serta garam.

6. Masak hingga pecah minyak.

7. Kemudian masukkan madu dan kacau.

8. Tuangkan cornflakes dan kacau hingga sebati.

9. Tutup api, masukkan cornflakes dalam loyang.

10. Bakar selama 5 -10 minit dan sedia untuk dinikmati.


Nota :

1. Jika rasanya kurang manis boleh tambahkan madu secukupnya.

2. Jika terlalu kering dan tidak bersinar boleh tambahkan mentega.

2 ulasan:

  1. Menariklah Eyma. Sebab biasa kakak buat madu bijan aje
    Lain kali kakak nak cuba resepi Eyma ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pula tak pernah buat yang letak bijan kak.. Lepas nie kena cari resipi letak bijan pula :)

      Padam