Resipi Bihun Madu

Khamis, 23 Ogos 2018

Resipi Bihun Madu

Bihun Madu

Bihun Madu

Bihun Madu

Bihun Madu

Bihun Madu

Bihun Madu

Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 bungkus bihun (400 gram)
Sedikit pewarna (merah/hijau/kuning)


Cara Membuatnya :

1. Gula dimasak dengan air sehingga pekat di dalam kuali.

2. Masukkan sedikit pewarna mengikut warna kesukaan.

3. Bihun dipatah-patahkan dan masukkan bihun dalam kuali.

4. Gaul hingga sebati menggunakan api perlahan.

5.Tutup api dan letakkan bihun ke dalam talam besar.

6. Panaskan minyak dalam kuali dan pastikan minyak betul-betul panas.

7. Masukkan bihun dalam dua sudu besar atau mengikut saiz yang diinginkan.

8. Goreng hingga ia kembang dan angkat.

9. Cepat-cepat masukkan bihun yang masih panas ke dalam cawan plastik.

10. Ambil satu lagi cawan, tekan bihun hingga padat.

11. Kemudian keluarkan bihun dengan terbalikkan cawan.

12. Sedia untuk dinikmati.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah..memang sedap bihun madu nie. Selalu dapat semasa kenduri sahaja. Bila sudah pandai buat sendiri, rasa puas sangat :)

      Padam