Isnin, 26 November 2018

Nanas Goreng Simple

 



Bahan-bahan :

1 biji nanas
1 batang cili hidup @ cabai melaka @ cili kering (dipotong)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Sedikit gula
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Kupas nanas dan bersihkan.

2. Cincang kasar nanas tersebut.

3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.

4. Tumis bawang merah dan cili hingga layu.

5. Masukkan nanas, garam dan gula secukup rasa.

6. Biarkan nanas layu dan air agak kering.

7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Ahad, 25 November 2018

Ayam Masak Ala Paprik Super Duper Simple

 



Bahan-bahan :

Ayam
6 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
Beberapa helai daun limau purut (dikoyak buang batang)
Sos tomato
Sos cili
Gula
Garam
Sedikit serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

1. Goreng ayam seperti biasa dengan meletak sedikit serbuk kunyit dan garam.

2. Goreng sampai agak garing dan angkat.

3. Tumis bawang merah, bawang putih dan juga halia.

4. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan serai.

5. Tunggu hingga cili masak dan masukkan ayam.

6. Tambahkan air, sos cili dan sos tomato.

7. Masukkan juga daun limau purut,  garam dan gula secukup rasa.

8. Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.