Lontong

Sabtu, 28 Mac 2020

Lontong

Lontong

Lontong

Lontong

Lontong


Bahan-bahan :

8 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering (rendam dan toskan)
1 inci kunyit hidup
1/2 kubis
1/2 sengkuang
1/2 lobak merah
Kacang panjang @ kacang buncis
1/2 terung
2 biji kentang
Sedikit fucuk (rendam)
Sedikit soo hoon (rendam)
1 biji tempe
1 biji tauhu
1 biji cili merah
2 batang serai (diketuk)
1 cawan udang
1 biji kelapa (dijadikan santan)
Garam secukup rasa


Menu Tambahan :

Nasi impit
Sambal ikan bilis


Cara Membuatnya :

1. Kisar bawang merah, udang kering dan kunyit hidup sehingga lumat.

2. Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan serai dalam periuk.

3. Masak sehingga hampir mendidih.

4. Masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras.

5. Masukkan sayur yang lembut.

6. Masukkan santan pekat, tauhu, cili merah serta garam.

7. Sesuaikan kepekatan dan rasa.

8. Hidangkan dan makan bersama sambal ikan bilis dan juga nasi impit.

8 ulasan:

  1. Sedapnyer.
    nak ke warung pun dah tak boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...memang sedap...
      Kena sabar sedikit semasa PKP, untuk kesihatan kita bersama juga :)

      Padam
  2. Sedapnya lontong. Favourite orang johor ni.

    BalasPadam
  3. godaan jiwaaa di tengah malam.. dala tengah lapaq ni..
    fevret pulak tu lontong hehe..

    BalasPadam
  4. lontong! lm tak makan lontong.. rindu plak nak makan lontong..:) mkn dgn kuah kcg pon sodap kann..

    BalasPadam
  5. Dah lama cheq tak pekena lontong..uii nak buat sendiri takda semangat pula sekarang ni 😂

    BalasPadam
  6. uishh terliur...dah lama nak buat lontong ni tapi kat dapur ni sejak RMO dok ramai jer nak memasak..jd niat tu letak tepi dulu..hehee

    BalasPadam