Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Apam Manis Simple

Apam Manis Simple

Bahan-bahan :

500 gram tepung gandum
¾ daripada 1 bungkus yis mauripan
5 sudu besar gula
1 biji telur
Air secukupnya
Gula untuk ditaburkan

Cara Membuatnya :

Ayak tepung terlebih dahulu. Kemudian masukkan gula, yis dan telur.

Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Adunannya adalah lembut sedikit berbanding membuat cucur.

Apabila telah sebati, tunggu hingga aduan naik buat seketika.

Setelah adunan naik, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan taburkan gula di atasnya.

Tunggu hingga masak. Kemudian bolehlah dihidang.

Selasa, 31 Mei 2011

Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan :

 

1 gelas gula
½ gelas air
½ gelas gula
3 biji telur
1 gelas santan atau susu segar
2 ½ gelas tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat


Cara  Membuatnya :


Mula-mula, cairkan 1 gelas gula sehingga kekuning-kuningan dengan api yang yang kecil di dalam kuali dan tuangkan ½ gelas air di dalamnya. 

Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat bersama. Panaskan kukusan.

Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.

Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukuskan selama 10-15 minit. Sejukkan dan potong.