Memaparkan catatan dengan label Bihun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bihun. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

Bihun Goreng


Bahan-bahan :

1 bungkus bihun (direndam seketika)
4 sudu besar cili yang sudah dikisar
1 ulas bawang besar (dihiris)
1/3 ekor ayam (dipotong kecil)
Sayur sawi
Kacang buncis
Daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Sedikit sos cili
Kicap secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang merah hingga kekuningan serta naik bau. 

2. Masukkan cili yang dikisar dan juga ayam. Tunggu hingga naik minyak. 

3. Seterusnya, masukkan air secukupnya beserta gula, garam, sedikit sos cili dan kicap secukup rasa. Masukkan juga sayur sawi dan kacang buncis.

4. Biarkan sayur agak lembut dan bolehlah dimasukkan bihun.

5. Gaul hingga sebati dan tutup api apabila bihun telah masak dan kuahnya kering.

6. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang agar lebih membangkitkan aroma. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 5 November 2012

Bihun Sup Daging

Bihun Sup Daging

Bahan-bahan :

Bihun
Daging (dipotong kecil)
1 bungkus sup bunjut
Perencah sup
1 sudu kecil rempah kurma
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
2 helai daun nangka
Ubi kentang (dipotong)
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus sehingga kuning dan naik bau.

2. Masukkan perencah sup, rempah kurma dan sedikit air. Seterusnya masukkan daging, sup bunjut, asam keping dan daun nangka. Masak dengan api perlahan agar daging tidak masak mengejut.

3. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika.

4. Seterusnya, masukkan air secukupnya bersama ubi kentang. Tunggu hingga mendidih dan ubi kentang empuk. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.

5. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 27 Jun 2012

Bihun Laksa Ikan Haruan

Bihun Laksa Ikan Haruan
Bihun Laksa Ikan Haruan
Ikan Haruan
Ikan Haruan
Bahan-bahan :

2 bungkus bihun laksa (direndam)
1 kg ikan haruan (direbus)
1 piring cili kering (dipotong dan direbus seketika)
6 ulas bawang merah
1 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Beberapa keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Daun kesum


Cara Memasak Kuah :

1. Mesin cabai kering, belacan dan bawang hingga hancur.

2. Mesin ikan yang telah dibuang tulang sehingga lumat.

3. Campur kedua-dua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan air jika terlalu pekat.

4. Masukkan asam gelugur, daun kesum, serai dan garam. Letakkan di atas api.

5. Tunggu hingga mendidih, kemudian bolehlah dihidang bersama laksa.


Cara Memasak Bihun Laksa :

Rebus bihun laksa dan masukkan sedikit garam di dalamnya. Tunggu hingga bihun laksa lembut. Basuh laksa dan toskan airnya. Sedia untuk dimakan.