Memaparkan catatan dengan label Buah-buahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-buahan. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Mac 2021

Air Koktel (Longan, Nata de Coco dan Jelly)

 
 
 



Bahan-bahan :

1 ½ tin susu cair

Nata de coco perisa strawberi (saiz kecil)

1 tin longan

1 bungkus jelly buah-buahan (potong dua atau empat)

Secubit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas.

2. Masukkan bersama air longan dan juga air nata de coco.

3. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan ketul ais secukupnya.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 9 April 2017

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Sumber Resipi :
Nina Mirza

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**

4 biji pisang berangan (@ gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak
1 cawan gula (@ separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**


Cara Penyediaannya :

1. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar.

2. Kemudian tuang bahan yang diblender ke dalam bekas tepung tadi.

3. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.

4. Alaskan loyang dengan kertas minyak atau sapukan dengan minyak.

5. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170oC selama 1 jam atau sehingga masak.

6. Cucuk tengah kek dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek sudah masak).

7. Kalau kukus, dalam 45 minit. Bekas comel-comel bakar dalam 20 minit

8. Sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Sabtu, 8 April 2017

Halwa Roselle

halwa roselle

halwa roselle

halwa roselle

buah roselle


Bahan-bahan :

30 biji roselle (kopek kelopak,  buang biji dan cuci bersih)
2 liter air
5 cawan gula kasar


Cara Membuat Halwa Roselle :

1. Masukkan kelopak roselle yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama air.

2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula cair.

3. Biarkan menggelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.

4. Tutup api dan tapiskan air roselle. Simpan kelopaknya untuk dibuat halwa.

5. Air roselle yang dihasilkan boleh dibancuh bila-bila masa sahaja.

6. Tambahkan ketul ais secukupnya untuk menikmati minuman sejuk.

7. Kelopaknya pula boleh dijemur di bawah terik matahari sehingga kering.

8. Maka terhasillah halwa dan sedia untuk dinikmati.


Nota :

Jika anda berasa kelopak roselle kurang manis setelah ditapis, anda boleh melakukan kaedah di bawah.

Jika anda sudah berasa cukup manis, boleh terus jemur kelopak roselle tersebut.


Bahan-bahan :

Kelopak roselle yang ditapis
1 sudu besar gula
1 sudu besar air


Cara Membuatnya :

1. Panaskan gula dan air di dalam periuk menggunakan api sederhana.

2. Panaskan hinga gula larut.

3. Masukkan kelopak roselle dan kacau hingga kering.

4. Tutup api dan keringkan kelopak roselle.

Isnin, 20 Februari 2017

Resipi Air Mulberry

Air Mulberry

Air Mulberry

Air Mulberry

buah mulberry

Bahan-bahan :

Buah mulberry
Air
Gula
Ketul ais


Cara Membuatnya :

1. Rebus buah mulberry yang telah dibasuh.

2. Rebus hingga mendidih dan keluar warna yang pekat.

3. Setelah itu, tapiskan dan ambil airnya sahaja.

4. Kemudian, boleh masukkan gula dan tambahkan air.

5. Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya.

Ahad, 15 Januari 2017

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Bahan-bahan :

1 kg isi nangka
250 gram gula pasir
1200 ml air


Cara Membuatnya :

1. Rebus nangka bersama air dan gula sehingga mendidih dan empuk.

2. Apabila nangka sudah empuk, tutup api dan sejukkan.

3. Kemudian blender isi nangka bersama air rebusan tadi.

4. Kisar hingga hancur dan tuangkan ke dalam jug.

5. Jika terlalu manis, boleh tambahkan air masak secukupnya.

6. Ikat plastik aiskrim dengan ketat dan kemas.

7. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 3 Disember 2016

Jeruk Jambu Susu Asam Boi

Jeruk Jambu Susu Asam Boi

Jeruk Jambu Susu Asam Boi

Bahan-bahan :

Jambu susu
Asam boi
Gula (lebihkan)
Garam
Cili padi (dipotong nipis dan lebihkan jika suka pedas)


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan potong buah jambu susu mengikut saiz yang dikehendaki.

2. Gaulkan buah jambu susu dengan semua bahan hingga sekata.

3. Rasa dahulu sama ada cukup manis dan masinnya.

4. Simpan dalam peti ais  selama 4 hingga 5 jam.

5. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 20 Ogos 2014

Cempedak Goreng

cempedak goreng

Bahan-bahan :

1 biji buah cempedak (diambil isinya)
2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras, telur, air kapur dan serbuk kunyit di dalam bekas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit.

3. Bancuh hingga rata dan biarkan sebentar. Jangan bancuh terlalu cair.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

5. Masukkan isi buah cempedak ke dalam bancuhan tepung dan gaul hingga rata.

6. Masukkan ke dalam kuali untuk menggoreng.

7. Balikkan adunan bagi mendapatkan gorengan yang sekata.

8. Apabila kuning keemasan, angkat dan tuskan di dalam tapisan.

9. Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 10 Januari 2014

Murtabak Nangka

murtabak nangka
murtabak nangka

Bahan Doh :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang


Bahan Inti :

Buah nangka (dipotong kecil)
Sedikit gula


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan masukkan telur dan gula.

2. Seterusnya, masukkan air garam sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang baik atau sebati.

3. Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam.

4. Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika hendak menggoreng nanti.

5. Buah nangka dipotong kecil dan masukkan sedikit gula. Gaulkan hingga sebati.

6. Tuangkan inti nangka di tengah dan lipat bentuk empat segi.

7. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak . Goreng murtabak sehingga masak.

8. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 22 April 2013

Aiskrim Buah Markisa

Aiskrim Buah Markisa yang telah disejukkan

Sebelum disejukkan

Buah Markisa yang mempunyai banyak khasiatnya

 

Bahan-bahan :

 

5 biji buah markisa
Air gula secukupnya
Air masak


Cara Membuatnya :

 

1. Belah dua buah markisa dan ambil isi di dalamnya. Kisar di dalam blender bersama sedikit air.
 
2. Tapis bahan yang dikisar tadi menggunakan penapis. Tambahkan air masak sedikit demi sedikit jika terlalu pekat.
 
3. Seterusnya, masukkan air gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
 
4. Tuangkan air markisa tersebut di dalam plastik aiskrim dan diikat. 
 
5. Bekukan hingga keras. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 27 Mac 2013

Asam Katak (Cermai)


Bahan-bahan :

 

Buah cermai
Gula pasir


Cara Membuatnya :

 

Basuh buah cermai dan direbus. Rebus hingga kembang agar rasa masam cermai keluar. 

Buang air rebusan tersebut.

Kemudian, masukkan gula pasir ke dalam cermai tadi.

Kacau hingga kering dan asam bertukar warna menjadi merah.

Jus Buah Markisa



Bahan-bahan :

 

4 biji buah markisa
Air gula secukup rasa
Ketul ais


Cara Menyediakannya :


Belah dua buah markisa dan ambil isi di dalam bersama bijinya sekali.

Blender isi buah tersebut bersama dengan air gula.

Tapis menggunakan penapis hingga tiada lagi biji.

Masukkan ketul ais secukupnya. Sedia untuk diminum.

Buah markisa ini rasanya agak masam dan perlu dimasukkan dengan gula secukupnya.  Jusnya akan menjadi masam manis seperti buah limau.

Buah Markisa