Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Khamis, 23 April 2020

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Bahan-bahan :

10 ekor ikan termenung @ ikan selayang @ ikan sardin
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Garam
Serbuk perasa


Cara Membuatnya :

1. Siang ikan dan bersihkan seperti biasa.

2. Ambil isi ikan dengan mengasingkan tulangnya tanpa perlu direbus.

3. Kisar isi ikan dengan masukkan sedikit sahaja air, sekadar boleh dikisar.

4. Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Kisar hingga isi ikan hancur.

5. Gaulkan isi ikan dengan tepung ubi, tepung gandum dan baking powder.

6. Gaul hingga sebati dan tidak melekat di tangan.

7.Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh bentuk memanjang.

8. Rebus doh yang siap diuli dalam air yang mendidih.

9. Rebus hingga ia terapung di permukaan air. Toskan dan biarkan sejuk.

10. Potong mengikut cita rasa anda dan bolehlah digoreng.

Khamis, 16 April 2020

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Bahan-bahan :

Ikan
Halia (potong halus)
Asam keping
Garam


Cara Membuatnya :

1. Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan garam seperti membuat ikan goreng.

2. Susun ikan dalam periuk pengukus.

3. Letakkan asam keping dan taburkan halia.

4. Kukus selama 5 hingga 10 minit.

5. Tutup api dan sejukkan.

6. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing.

7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan juga air asam.


Nota :

1. Ikan ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk biasa.

2. Apabila hendak makan boleh goreng bila-bila masa sahaja.

3. Ikan ini sedap juga dibuat masak asam.

4. Tak perlu letakkan serbuk kunyit pada ikan.

Isnin, 11 Ogos 2014

Kari Ikan Sepat

gulai atau kari ikan sepat

Bahan A :

Ikan Sepat (dibersihkan)
8 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
2 biji buah tomato (dipotong  4)
Kacang bendi (dipotong)
Air asam jawa
Santan pekat
Minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (Untuk Menumis) :

5 biji bawang merah (ditumbuk atau dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
1 inci halia (ditumbuk atau dihiris)
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih.

4. Masukkan kacang bendi dan ikan.

5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak.

6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam.

7. Biarkan sehingga tomato lembut. Tutup api.

8. Hidangkan dengan nasi putih.