Bahan
- bahan :
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 ¼ cawan air
1 sudu kecil yis
Sepeket kecil eno
Cara
Membuatnya :
1. Blend secawan nasi sejuk dengan air hingga hancur
dan halus.
2. Masukkan gula, tepung dan yis.
Blend lagi hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas dan
tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam.
4. Selepas diperap kacau perlahan
dan masukkan eno. Kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biarkan
sebentar.
5. Panaskan kukusan. Sapu acuan
dengan sedikit minyak terlebih dahulu.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan
kecil dan kukus selama 15 hingga 20 minit dengan api kuat.
7. Boleh dimakan dengan kelapa
parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.