Memaparkan catatan dengan label Popia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Popia. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mei 2021

Popia Nestum





Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia 

2 cawan nestum (dikisar)

½ cawan susu tepung

2 sudu besar gula pasir (dikisar)

Minyak untuk menggoreng

 

Cara Membuatnya :

1. Potong dua kulit popia yang bersaiz besar.

2. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi sate atau straw.

3. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan juga air.

4. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.

5. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing.

6. Campurkan nestum, gula dan juga susu tepung. Gaul sebati.

7. Dalam keadaan kulit popia masih suam, gaulkan dengan campuran tadi.

8. Jangan tunggu kulit popia sejuk kerana nanti bahan salutan tidak melekat.

9. Tunggu sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

 

Selasa, 26 Mei 2020

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia bersaiz besar (dipotong dua)
1 cawan Nestum (dikisar halus)
½ cawan Horlicks
½ cawan gula kastor atau gula halus
Lidi sate (untuk menggulung)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (sebagai pelekat)


Cara Membuatnya :

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi sate. Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum.

2. Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam kulit popia masak.

3. Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembap untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan potong).

4. Kulit popia yang telah siap digulung dipotong serong menggunakan gunting.

5. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.

6. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, taburkan nestum, horlicks dan gula kastor ke atas kulit popia.

7. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti bahan-bahan tersebut. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 19 Jun 2018

Popia Super Ring

Popia Super Ring

Popia Super Ring


Bahan-bahan :

1 paket besar kulit popia
2 paket besar keropok Super Ring (dihancurkan @ dimesin)
Tepung gandum
Air


Cara Menggulung Kulit Popia :

1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.

2. Ambil kulit popia dan gunting menjadi dua bahagian agar popia lebih ranggup.

3. Gulung kulit popia dengan menggunakan chop stick @ straw @ lidi.

4. Di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

5. Selepas semuanya siap digulung, gunting mengikut kesukaan anda.

6. Goreng kulit popia hingga kekuningan.

7. Sejat minyak pada kulit popia dan biarkan ia sejuk.

8. Salut kulit popia dengan keropok Super Ring yang telah dihancurkan.

9. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Sabtu, 9 September 2017

Popia Nestum Milo





Bahan-bahan :

1 paket besar kulit popia
1 cawan Nestum
1/2 cawan Milo
1/2 cawan gula halus


Cara Menggulung Kulit Popia :

1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.

2. Ambil sekeping kulit popia, gulung dengan menggunakan chop stick dan jika tiada straw atau lidi juga boleh digunakan.

3. Gulung kulit popia dan di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

4. Selepas semuanya siap digulung, gunting mengikut citarasa kesukaan anda. Lebih baik digunting menyerong kerana nestum dan milo boleh menyerap masuk ke dalam kulit popia.

5. Apabila siap digunting, goreng kulit popia hingga kekuningan.


Cara Membuat Adunan Nestum Milo :

1. Blender nestum bersama gula dan milo. Kisar hingga halus dan gebu.

2. Salutkan dengan adunan nestum milo ini ketika kulit popia masih panas supaya ia melekat.

3. Sedia untuk dihidang.