Selasa, 31 Mei 2011

Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan :

 

1 gelas gula
½ gelas air
½ gelas gula
3 biji telur
1 gelas santan atau susu segar
2 ½ gelas tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat


Cara  Membuatnya :


Mula-mula, cairkan 1 gelas gula sehingga kekuning-kuningan dengan api yang yang kecil di dalam kuali dan tuangkan ½ gelas air di dalamnya. 

Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat bersama. Panaskan kukusan.

Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.

Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukuskan selama 10-15 minit. Sejukkan dan potong.

Kuih Lapis


Kuih Lapis
   
Bahan-bahan :

1 ¾ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/5 sudu teh garam
Pewarna merah


Cara Membuatnya :

1. Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama. Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.

2. Masukkan tepung ke dalam santan tadi. Kacau rata supaya tidak bergentel. Masukkan garam.

3. Adunan tepung dibahagikan dua iaitu satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.

4. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Letakkan loyang di dalam periuk kukus. 

5. Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit.

6. Masukkan pula sesenduk adunan merah. Ulang langkah ini berselang-seli antara putih dan merah sehingga adunan habis.

7. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk bolehlah dipotong .

Lompang

Kuih Lompang 

Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras
4/5 cawan gula merah
1/5 cawan gula putih
4 cawan air
½ sudu teh kapur sirih
½ biji kelapa muda parut
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah dan gula putih bersama 2 cawan air. Sejukkan.

2. Bancuhkan tepung, kapur sirih bersama air lebihan tadi.

3. Masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau hingga rata.

4. Pastikan kesemua air yang dimasukkan adalah empat cawan sahaja termasuklah air gula. Jika tidak kuih akan menjadi lembut.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bolehlah dikukus sehingga masak.

6. Apabila telah sejuk, potong dan salut bersama kelapa parut yang telah dimasukkan sedikit garam.

7. Sedia untuk dihidang.