Rabu, 31 Ogos 2011

Maruku

Maruku

Bahan-bahan :

1 kampit tepung kacang kuda
1 kg tepung beras pulut
½ kg tepung ubi
Udang kering secukupnya
1 piring cili kering 
1 sudu biji lemuju
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Santan daripada 1 biji kelapa

Cara Membuatnya :

Masukkan cili, biji lemuju, udang kering dan sedikit santan ke dalam blender. Mesin hingga hancur.

Ayak tepung kacang kuda, tepung beras pulut dan tepung ubi. Gaulkan.

Masukkan gula, garam serta bahan yang dimesin tadi. Gaul lagi.

Masukkan santan secukupnya. Uli hingga menjadi doh yang sebati. 

Kemudian, bolehlah digoreng dengan minyak yang panas.

Isnin, 29 Ogos 2011

Biskut Cornflakes Koko

Biskut Cornflakes Koko

Bahan A :

100 gram mentega
100 gram gula kastor
4 sudu makan madu
4 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan susu pekat

Bahan B :

100 gram emping jagung (Cornflakes)

Bahan C:

Ceri secukupnya

Cara Membuatnya :

Cairkan bahan A iaitu mentega, gula, madu, serbuk koko dan susu pekat menggunakan api perlahan.

Kacau selama 15 minit sehingga mentega cair.

Angkat dan masukkan bahan B iaitu cornflakes, kacau sehingga rata dan sebati.

Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan letakkan ceri di atas sebagai hiasan.

Sejukkan sekejap dan bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara.

Info : 

Biskut ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Kuih Bakar Kacang

Kuih Bakar Kacang

Bahan-bahan :

1 kg kacang hijau yang dibuang kulit
1 kg tepung ubi
Gula halus
4 biji telur
Sedikit garam
Santan pekat daripada 1 biji kelapa

Cara Membuatnya :

Kacang hijau dibasuh dan digoreng tanpa minyak hingga kuning dan garing. Tepung ubi juga digoreng tanpa minyak hingga wangi dan ringan.

Setelah itu, kisar kacang hijau hingga halus. Ayak agar kisaran kacang lebih halus.

Sukat kacang hijau yang telah dimesin menggunakan mangkuk.

Perhatian :

1 mangkuk kacang yang dimesin bersamaan 1 mangkuk gula halus dan 1 mangkuk tepung ubi harus dimasukkan ke dalam adunan. 

Contohnya jika terdapat 3 mangkuk kacang yang telah dimesin, sila masukkan 3 mangkuk gula halus dan 3 mangkuk tepung ubi.

Kacau rata ketiga-tiga bahan ini.

Telur dipecah dan dipukul hingga kembang dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur ke dalam campuran tepung tadi. Gaul lagi.

Kemudian masukkan santan secukupnya. Uli hingga sebati.

Tekan doh dengan meletakkan sedikit minyak ke atas acuan agar mudah untuk mengeluarkan kuih dan tidak menjejaskan kecantikan kuih.

Bakar dalam oven hingga masak dan garing.