Ahad, 1 April 2012

Wajik @ Pulut Kacau Gula Merah

Wajik atau Pulut Kacau Gula Merah

Bahan-bahan : 

3 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 ½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
2 helai daun pandan (diikat)
Secubit garam 

Cara Membuatnya : 

Beras pulut direndam semalaman. Kemudian, bersih dan toskan hingga kering. Kukus beras tadi hingga masak.

Masak gula merah dan gula putih bersama 1 cawan santan. Kacau hingga gula hancur. Tutup api dan tapis.

Seterusnya, masukkan gula yang ditapis tadi ke dalam kuali bersama 1 cawan santan, garam dan daun pandan untuk mewangikan.

Masak hingga mendidih, kemudian masukkan beras pulut. Kacau hingga sebati dan pekat.

Bolehlah dituang ke dalam bekas dan disejukkan.

Jumaat, 30 Mac 2012

Bubur Puteri Mandi @ Wadai Kepeng

Bubur Puteri Mandi atau Wadai Kepeng

Bahan-bahan : 

2 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur sirih
Gula merah
Gula pasir
Sedikit garam
Santan
Dua helai daun pandan


Cara Membuatnya : 

Tepung pulut dan tepung beras dibancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

Tekan bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar.

Wadai Kepeng
Bentukkan seperti ini

Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi. Masak di atas api. Masukkan juga daun pandan untuk mewangikan dan sedikit garam.

Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi. Kacau supaya kuih tidak bergumpal sesama sendiri. 

Setelah kesemua kuih timbul di permukaan santan barulah kuih tersebut telah masak. Tutup api dan bolehlah dihidang. 
 

Jumaat, 16 Mac 2012

Pizza

Pizza

Bahan Untuk Kulit :

1000 gram tepung gandum
11 gram yis mauripan (sebungkus)
2/3 cawan susu tepung
1 biji telur
1 cawan marjerin
3 camca besar gula
1 camca besar garam halus
1 camca besar serbuk penaik
Air secukupnya

Bahan Untuk Isi Pizza :

Sosej (direbus dan dipotong)
Sos cili
Sayur campur (direbus)
Keju (diparut)
Mayonis
Serbuk lada


Cara Membuatnya :

1.  Gaulkan semua bahan untuk membuat kulit di dalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.

2.    Tutup adunan tersebut dan biarkan ia mengembang dua kali ganda saiznya.

3.  Canai adunan supaya boleh dimuatkan ke dalam acuan pembakar bulat. Sapu acuan dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

4.  Sapu permukaan adunan dengan sos cili. Lapisi dengan sosej, sayur campur, mayonis dan keju. Kemudian, taburkan sedikit serbuk lada.

5.    Peram pizza selama 25-30 minit.

6.    Bakar pizza selama kira-kira 30 minit.