Khamis, 3 Mei 2012

Apam Betawi Pandan

Apam Betawi Pandan
Apam Betawi Pandan yang ditabur coklat urai di atasnya

Bahan-bahan :

1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
Pewarna hijau

Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga betul-betul kembang dan gebu. Kemudian, masukkan perisa pandan. Kacau lagi.

Seterusnya, masukkan tepung gandum dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana kuih mudah melekat.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang.
 

Khamis, 26 April 2012

Bubur Jagung

Bubur Jagung

Bahan-bahan : 

4 tongkol jagung manis (dihiris)
Gula merah
Gula putih
Santan
Daun pandan (diikat)
Sagu
Sedikit garam (untuk rasa lemak)

Cara Membuatnya :

Isi jagung direbus sehingga masak. Dalam periuk yang lain, masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air. Kacau hingga semua gula larut. Tutup api.

Tapis air gula yang dimasak dan dimasukkan ke dalam jagung yang dimasak tadi. Biarkan seketika.

Kemudian, masukkan santan, daun pandan dan garam. Tunggu hingga mendidih.

Akhir sekali, masukkan sagu dan tunggu hingga sagu masak. Tutup api. Sedia untuk dihidang.


Sabtu, 21 April 2012

Kuih Cekmek Molek

Kuih Cekmek Molek
Masakan berintikan air gula
 
Bahan-bahan : 

Ubi keledek (direbus dan dilecek) 
Tepung gandum secukupnya
Gula 
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Gaulkan ubi keledek dengan tepung gandum sehingga jadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.


Buatkan bentuk bulat kecil dan leperkan. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula atau secukup rasa.


Tutup rapat-rapat supaya gula tidak keluar semasa menggoreng.

Bentuk Kuih Cekmek Molek
Buat bentuk seperti ini

Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak atau keperangan.Sedia untuk dihidang.