Rabu, 24 Oktober 2012

Biskut Buah Gajus

Biskut Buah Gajus

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
100 gram buah gajus (dikisar)
1 cawan tepung ubi kentang
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. 

Seterusnya, masukkan buah gajus yang dikisar. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung ubi kentang dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

Tekan menggunakan acuan bentuk gajus atau mengikut bentuk kegemaran sendiri. Jika suka boleh letakkan buah gajus di atasnya sebagai hiasan.

Bakar hingga masak.

Biskut Jem Strawberi

Biskut Jem Strawberi


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
¾ cawan tepung kastard
½ cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 botol kecil jem strawberi


Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila dan dikacau hingga sebati.

Seterusnya, masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Akhir sekali, masukkan tepung gandum.

Uli hingga menjadi doh. Canai doh dan terap menggunakan acuan bunga. Letakkan jem strawberi di tengahnya.

Bakar hingga masak.
 

Almond London Klasik

Almond London Klasik

Bahan-bahan :

400 gram tepung gandum
250 gram mentega
55 gram gula kastor
25 gram susu tepung
1 sudu teh esen vanila
Kacang badam panggang secukupnya
Coklat cair dan coklat urai berwarna secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan esen vanila.

2. Masukkan tepung gandum dan susu tepung dan gaul sebati.

3. Ambil sedikit doh dan balut sebiji badam panggang. Kemaskan doh.

4. Bakar pada suhu 150-160 oC selama 25 minit atau hingga keperang-perangan.

5. Setelah benar-benar sejuk, salut dengan coklat cair dan susun ke dalam cawan kertas.

6. Tabur coklat urai atau badam cincang yang dipanggang.

Biskut Nestum Koko

Biskut Nestum Koko

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula merah lembut
1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan tepung jagung
½ sudu teh coklat emulco
1 sudu serbuk koko
1 cawan nestum
25 gram badam (dipanggang dan dikisar halus)


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin bersama gula merah lembut hingga kembang. Masukkan coklat emulco dan serbuk koko. Kacau hingga sebati.

2. Seterusnya, masukkan nestum dan serbuk badam yang dikisar tadi. Kalau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Anda boleh menambah atau mengurangkan jumlah tepung untuk mendapatkan doh yang sesuai.

4. Canai doh dan terap mengikut acuan yang disukai. Bakar hingga masak.

German Cookies

German Cookies

German Cookies

Bahan-bahan :

125 gram butter
125 gram tepung kentang
80 gram tepung gandum (tepung superfine pun boleh)
40 gram gula aising
Secubit garam (tak letak pun tak apa)


Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum. Ayakkan keduanya.

2. Putar butter dengan gula aising sehingga kembang.

3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.

4. Keluarkan adunan dan ambil sedikit, buat bentuk bulat-bulat kecil sebesar guli. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan butter.

5. Celupkan garpu dalam air suam dan tekan ke atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Buat sehingga siap.

7. Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit. Sejukkan dan masukkan dalam bekas kedap udara.

Ubi Kentang Goreng

Ubi Kentang Goreng

Bahan-bahan :

Ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong)
Garam
Mayonis
Sos cili
Serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

Basuh ubi kentang yang dipotong. Campurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ubi kentang hingga garing dan empuk.

Campurkan mayonis dengan sedikit serbuk kunyit. Kacau hingga sebati.

Hidangkan ubi di dalam pinggan. Salutkan dengan mayonis yang dicampurkan dengan serbuk kunyit tadi beserta sos cili.

Sedia untuk dihidang bersama ayam goreng atau dimakan begitu sahaja.

Isnin, 15 Oktober 2012

Serawa Ubi Keledek

Serawa Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.