Isnin, 18 Februari 2013

Nasi Lemak Kukus


Bahan-bahan :

4 cawan beras (dibasuh dan direndam semalaman)
4 ½  cawan santan
Sedikit garam
Halia (diketuk)
6 biji lada hitam
2 helai daun pandan (disimpul)
1 batang serai (diketuk)


Cara Membuatnya :

Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus sehingga masak.

Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras. 

Akhir sekali, kukus sekali lagi bersama daun pandan, halia dan juga lada hitam hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak. 

Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. 

Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam beras pada waktu malamnya. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak. 

Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung. 

Khamis, 14 Februari 2013

Kuih Telur Katak Kukus @ Kuih Sagu Kukus


Bahan-bahan :

1 cawan biji sagu dibasuh dan ditoskan airnya
2 cawan air
½ cawan gula
Pewarna merah
Kelapa parut putih yang dibuang kulitnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan diikat


Cara Membuatnya :

Masukkan air, gula, daun pandan dan pewarna merah ke dalam kuali. Masak hingga gula larut dan mendidih.

Apabila  air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga biji sagu sedikit jernih dan adunan menjadi pekat.

Matikan api dan sendukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Kukus dalam 20 minit.

Biarkan sehingga betul-betul sejuk agar kuih kelihatan lebih cantik apabila dikelurkan dari bekas.

Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang.

Biskut Mazola Fazlina


Bahan-bahan :

1 mangkuk kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 mangkuk gula halus
1 ½ mangkuk tepung gandum
Minyak masak secukupnya
1 biji kuning telur


Cara Membuatnya :

1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula halus.

2. Masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga rata.

3. Setelah itu, bentukkan bulat-bulat leper dan sapukan kuning telur di atasnya.

4. Akhir sekali, bakarlah hingga masak.