Isnin, 22 April 2013

Nasi Tomato Ain


Bahan-bahan :


5 cawan beras
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Sedikit minyak sapi untuk menumis
100 gram tomato puri (1 tin kecil)
Garam secukup rasa
Lobak merah (dihiris memanjang)
Sedikit kismis (jika ada)
2 sudu besar susu pekat manis atau secukup rasa
Daun sup dan daun bawang


Cara Membuatnya :


1. Goreng bawang merah bersama bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari dengan menggunakan minyak sapi hingga kuning.

2. Masukkan tomato puri dan juga air secukupnya. Masukkan juga garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

3. Seterusnya, masukkan beras dan juga susu pekat manis. Biarkan hingga hampir masak.

4. Apabila nasi sudah hampir masak, masukkan lobak merah dan juga kismis. Kacau hingga sebati.

5. Biarkan sehingga nasi betul-betul masak. Akhir sekali, boleh taburkan hirisan daun sup dan daun bawang agar lebih wangi dan menarik.

6. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 11 April 2013

Karipap Gulung Kulit Popia


Bahan-bahan :


Kulit popia saiz 125mm x125mm
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 kg ubi keledek (dipotong dadu)
4 sudu besar rempah kari daging
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Isi ayam (dipotong dadu)
Sedikit minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
1 biji putih telur (untuk gamkan kulit popia)


Cara Membuatnya :


Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah yang dihiris bersama daun kari. Tumis hingga naik bau.

Kemudian, masukkan rempah kari daging dan juga sedikit air. 

Seterusnya, masukkan ayam dan juga ubi keledek. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Tutup kuali tersebut dengan tudung periuk agar ubi tersebut empuk dengan baik. Hendaklah  dikacau selalu agar masak sekata dan tidak hangit.

Tutup api apabila ubi telah empuk dan airnya sudah kering.

Ambil kulit popia dan letakkan inti karipap di atasnya. Gulung kulit popia tersebut seperti membuat kuih popia. Gamkan dengan putih telur pada hujung kulit popia.

Apabila semuanya sudah siap, goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidang.

Serawa Nangka

 

Bahan-bahan : 

 

Buah nangka yang masak (dipotong kecil)
Santan
1 sudu besar gula merah (masak dengan sedikit air hingga hancur dan ditapis)
Gula putih secukup rasa
Sedikit garam
Sagu       
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :


Campurkan santan, gula merah, gula putih dan sedikit garam ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan yang disimpul.

Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan buah nangka dan juga sagu.

Tunggu hingga sagu masak serta mendidih dan bolehlah ditutup api.

Sedia untuk dihidang.