Selasa, 30 April 2013

Air Tembikai


Bahan-bahan :


½ biji buah tembikai
6 sudu besar gula pasir
Air
Ketul ais


Cara Membuatnya :


1. Cuci dan potong buah tembikai. Asingkan sedikit tembikai untuk dipotong dadu sebagai hiasan.

2. Larutkan gula di dalam air panas untuk membuat sirap atau air gula.

3. Kisar tembikai dengan air, kemudian campurkan dengan sirap dan masukkan ke dalam jag.

4. Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya. Biarkan sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.

Roti Roll Sardin (Ain)


Bahan-bahan :


1 tin sardin kecil (dihancurkan isi)
1 ulas bawang besar (dicincang halus)
½ biji limau nipis
Sedikit garam
Roti sandwich secukupnya
1 biji telur (untuk gamkan roti)


Cara Membuatnya :


1. Campurkan sardin bersama sosnya, bawang besar, perahan air limau nipis dan juga sedikit garam di dalam periuk. Masak hingga agak kering dan bolehlah ditutup api.

2. Ambil sekeping roti, isikan inti sardin. Lipat rapat-rapat menjadi roll. Gamkan dengan telur. Boleh juga membuang kulit tepinya agar nampak lebih kemas.

3. Goreng hingga kekuningan menggunakan minyak yang panas.

4. Sedia untuk dihidang.

Bihun Goreng


Bahan-bahan :

1 bungkus bihun (direndam seketika)
4 sudu besar cili yang sudah dikisar
1 ulas bawang besar (dihiris)
1/3 ekor ayam (dipotong kecil)
Sayur sawi
Kacang buncis
Daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Sedikit sos cili
Kicap secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang merah hingga kekuningan serta naik bau. 

2. Masukkan cili yang dikisar dan juga ayam. Tunggu hingga naik minyak. 

3. Seterusnya, masukkan air secukupnya beserta gula, garam, sedikit sos cili dan kicap secukup rasa. Masukkan juga sayur sawi dan kacang buncis.

4. Biarkan sayur agak lembut dan bolehlah dimasukkan bihun.

5. Gaul hingga sebati dan tutup api apabila bihun telah masak dan kuahnya kering.

6. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang agar lebih membangkitkan aroma. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 27 April 2013

Air Bandung Aiskrim Soda


Bahan-bahan :


Susu pekat manis
Perisa ros
Air aiskrim soda berkarbonat
Air masak
Ketul ais secukupnya


Cara Membuatnya :


Masukkan susu pekat manis secukupnya di dalam cawan dan tambahkan sedikit air. Masukkan juga sedikit perisa ros. Kacau hingga sebati. 

Jika kurang manis, boleh tambahkan susu lagi hingga terasa kemanisan dan keenakannya. Jika ingin membuat air dalam kuantiti yang banyak boleh juga tambahkan gula secukup rasa.

Apabila telah sebati, masukkan sedikit air aiskrim soda berkarbonat dan juga ketul ais secukupnya.

Sedia untuk dihidang.

Bubur Ayam Berempah (Kari)


Bahan-bahan :


½ ekor ayam (dipotong kecil)
3 cawan beras
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia  (dihiris)
5 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
Sayur sawi
1 tangkai daun kari
Lobak merah (dipotong dadu)
Santan
Garam secukup rasa
Sedikit perasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :


1. Masak beras dengan air yang banyak sehingga hancur. Hendaklah dikacau selalu agar tidak berkerak dan nasi hancur dengan baik.

2. Sementara menunggu nasi lembut, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris iaitu bawang merah, bawang putih dan halia beserta daun kari. Tumis hingga wangi dan kekuningan.

3. Setelah bawang menjadi kuning dan wangi, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tadi. Masukkan juga ayam dan sedikit garam. Tambahkan air jika terlalu kering.  Masak hingga ayam lembut. Tutup api.

4. Apabila nasi telah hancur dan lembut masukkan sayur sawi dan juga lobak merah. Biarkan seketika sehingga sayur menjadi lembut.

5. Kemudian, masukkan ayam yang dimasak tadi bersama kuahnya. Masukkan juga santan dan garam secukup rasa.

6. Tunggu hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.