Rabu, 10 Julai 2013

Sandwich Sardin

Sandwich Sardin

Roti Sandwich Sardin

Bahan-bahan :

Roti sandwich
1 tin sardin (dihancurkan)
1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
1 biji limau nipis
2 biji cili padi (dihiris nipis)
Sedikit garam
Minyak (untuk menumis)
1 sudu besar sos cili
Timun (dihiris nipis)


Cara Membuatnya :

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan cili padi yang telah dipotong hingga naik bau. 

Masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan bersama kuahnya.

Seterusnya, perah limau nipis dan masukkan sedikit garam serta sos cili.

Masak hingga agak kering dan bolehlah ditutup api.

Sapu inti sardin di atas roti dan letakkan timun. Tangkupkan dengan roti yang lain. Potong roti berbentuk segitiga.

Letakkan di dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 6 Julai 2013

Murtabak Telur

Murtabak Telur

Murtabak Telur yang enak

Bahan Inti : 

1 cawan isi ayam (dicincang halus atau dikisar)
2 ulas bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
4 sudu besar serbuk kari daging
Minyak masak (menumis)
5 biji telur ayam (dipukul sedikit)
Garam secukup rasa
Sedikit daun kari 


Bahan Doh : 

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang


Cara Penyediaan Inti :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

2. Tumis bawang putih, bawang besar, daging cincang dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

3. Seterusnya, masukkan garam dan daun kari. 

4. Kacau hingga sedikit kering. Masukkan telur dan gaul rata. 


Cara Penyediaan Doh :

1. Ayak tepung gandum dan masukkan telur, gula dan garam.

2. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang baik atau sebati.

3. Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam. 

4. Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika hendak menggoreng nanti.

5. Tuangkan inti di tengah dan lipat bentuk empat segi. 

6. Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak. 

7. Enak disajikan bersama kuah kari atau jeruk bawang merah. 

Murtabak Pisang

Murtabak Pisang 

Bahan Doh :
 
500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang


Bahan Inti :

Pisang yang telah masak (dihiris nipis)
Sedikit gula


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan masukkan telur, gula dan garam.

2. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang baik atau sebati.

3. Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam. 

4. Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika hendak menggoreng nanti.

5. Pisang dihiris nipis dan masukkan sedikit gula. Gaulkan hingga sebati.

6. Tuangkan inti pisang di tengah dan lipat bentuk empat segi. 

7. Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak. 

8. Sedia untuk dihidang.