Sabtu, 3 Ogos 2013

Biskut Arab Susu

Biskut Arab Susu

Biskut Arab

Bahan-bahan :

2 cawan susu tepung (biasa guna susu Nespray)
2 cawan minyak sapi (tidak perlu dicairkan dahulu)
Sedikit garam
7 cawan tepung gandum (diayak)
Ceri  merah secukupnya (potong kecil-kecil)
Gula aising (untuk digaul pada biskut apabila sudah masak)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu tepung, minyak sapi dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil.  Hias dengan ceri dan bakar hingga masak (15-20 minit) pada suhu 180 oC.

4. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising. Sedia untuk dihidang.

Sumber : Yatiememories

Jumaat, 2 Ogos 2013

Biskut Cornflakes Rangup Berceri

Biskut Cornflakes Rangup Berceri

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
½ sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
4 cawan cornflakes (dihancurkan dan tidak terlalu lumat)
1 cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung gandum
Ceri secukupnya


Cara Membuatnya :
 
Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila dan juga kuning telur. Kacau lagi.

Masukkan cornflakes yang telah dihancurkan menggunakan tangan. Kacau hingga sebati.

Seterusnya, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. 

Apabila telah sebati, masukkan sedikit ceri yang telah dipotong. Gaulkan dengan lembut agar ceri tidak hancur.

Masukkan atau sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan letakkan ceri di atasnya agar lebih menarik.

Bakar hingga masak. Sedia untuk dihidang.

Biskut Nescafe

Biskut Nescafe

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 peket kecil Nescafe 3 in 1
½ sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum 


Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila dan juga kuning telur. Kacau lagi.

Masukkan serbuk Nescafe dan dikacau hingga sebati.

Seterusnya, masukkan tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. 

Kemudian bolehlah diterap menggunakan acuan mengikut citarasa sendiri. Bakar hingga masak.

Sedia untuk dihidang.