Ahad, 1 Disember 2013

Karipap Serunding Mini

Karipap serunding mini

Bahan-bahan :

400 gram tepung gandum
150 gram air
1 camca teh garam
4 camca besar marjerin
1 cawan serunding
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam


Cara Membuatnya :

1. Larutkan garam dalam air.

2. Gaul ramas majerin dan tepung sehingga tidak nampak lagi butiran-butiran marjerin.

3. Masukkan semua air sekaligus dan uli sehingga mendapat doh yang sedikit keras.

4. Kandungan air bergantung kepada tepung jadi jika adunan terlalu lembut, anda boleh menambah tepung. Begitu juga jika adunan terlalu keras sehingga tak boleh dicanai. Tambahkan air jika perlu.

5. Canaikan adunan senipis 1 mm. Isi inti dan bentukkan menjadi karipap menggunakan pencetak. Buat sehingga habis semua doh.

6. Panaskan minyak dengan api perlahan. Gorengkan karipap mini sehingga kekuningan.

7. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Tip Masakan :

Faktor paling penting dalam menghasilkan karipap mini adalah kerangupannya. Kerangupan karipap mini berlainan dengan kerangupan karipap biasa. Doh karipap mini menggunakan minyak yang sedikit supaya kerangupannya menyamai kerangupan biskut cream cracker. 

Ia perlu digoreng dengan api perlahan agar dapat menjadikan bahagian dalam kulit karipap juga garing. Ini bererti keseluruhan kulit karipap masak sepenuhnya dan menjadi garing. Berbeza dengan karipap biasa yang hanya garing diluar malah kulitnya lebih rapuh dengan penggunaan minyak yang banyak.

Biasanya karipap mini yang dibeli sering berbau hapak malah rasanya juga berubah setelah lama disimpan. Disinilah kegunaan marjerin. Ia dapat mengurangkan risiko ini untuk membolehkan ia disimpan lebih lama walaupun dibungkus dalam plastik.

Jika membuat karipap biasa, kita akan menyusun karipap yang siap dibentuk satu persatu dalam dulang supaya tidak melekat sesama mereka. Apabila menggunakan minyak yang sedikit dalam doh, kebarangkalian doh untuk melekat semula lebih tinggi. 

Jadi anda perlu menguli doh dengan lebih keras lagi. Takkan nak susun karipap mini yang halus-halus satu-persatu. Lambakkan karipap mini dalam dulang tanpa perlu risau karipap berubah bentuk. Bagaimanapun saya nasihatkan supaya anda tidak menindih terlalu tinggi. Cukuplah setakat 3 lapisan sahaja.


Nota : Resipi dan tips ini saya copy dari sebuah blog.

Nak resipi serunding? Klik di Serunding Ikan Bilis

Agar-agar Bandung Cincau

Agar-agar Bandung Cincau

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar
4 ½ cawan air
Gula secukupnya
½ cawan susu pekat
Perisa Ros
 1 tin minuman cincau
Cincau @ Lengkong secukupnya


Cara Membuatnya :

Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air hingga agar-agar hancur dan larut kesemuanya.

Masukkan gula secukupnya. Tunggu hingga gula larut.

Seterusnya, masukkan susu dan sedikit perisa ros.

Akhir sekali masukkan minuman cincau. Kacau hingga sebati. Tunggu seketika dan tutup api.

Susun cincau atau lengkong yang dipotong kecil di dalam bekas.

Tuangkan agar-agar yang dimasak ke dalam bekas yang berisi cincau.

Biarkan agar-agar sejuk dan mengeras. Sedia untuk dihidang.


Serunding Ikan Bilis

Serunding Ikan Bilis

Bahan-bahan :

200 gram  ikan bilis putih
20 tangkai cili kering @ 3-4 sudu besar cili kisar
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
3 batang serai (dihiris halus)
Santan secukupnya
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :

1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain termasuklah santan.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

3. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masak hingga kering dengan api sederhana. Hendaklah dikacau selalu agar tidak hangit.

5. Jika masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering.


Nota Sajian Hati :

1. Serunding ikan bilis ini boleh dimakan bersama ketupat, lemang dan pulut.

2. Serunding ini juga boleh dijadikan popia mini atau kuih simpul kasih.

3. Hasil yang diperoleh agak banyak juga kerana apabila menghabiskan satu bungkus kulit popia ianya masih berbaki lagi.


Sumber : Blog Selera Dapur Kita