Isnin, 13 Januari 2014

Kek Belang Koko

kek belang koko

Bahan-bahan :

1 ½ cawan mentega
1 ½ cawan gula halus
8 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
Beberapa sudu besar serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik serta dikacau hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian di letakkan esen vanilla dan satu bahagian lagi di masukkan serbuk koko.

5. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu.

6. Sendukkan adunan perisa vanila dan letakkan di tengah-tengah loyang. Letakkan pula adunan koko di atasnya pula. Buat secara berselang-seli sehingga habis.

7. Bakar hingga masak.

Jumaat, 10 Januari 2014

Murtabak Nangka

murtabak nangka
murtabak nangka

Bahan Doh :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang


Bahan Inti :

Buah nangka (dipotong kecil)
Sedikit gula


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan masukkan telur dan gula.

2. Seterusnya, masukkan air garam sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang baik atau sebati.

3. Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam.

4. Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika hendak menggoreng nanti.

5. Buah nangka dipotong kecil dan masukkan sedikit gula. Gaulkan hingga sebati.

6. Tuangkan inti nangka di tengah dan lipat bentuk empat segi.

7. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak . Goreng murtabak sehingga masak.

8. Sedia untuk dihidang.

Kuah Kacang Ayam

Kuah Kacang Ayam

Kuah Kacang Ayam Special

Bahan-bahan :

1 ½ cawan kacang tanah (digoreng dengan memasukkan 1 sudu teh minyak)
1 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1 piring cili kering dipotong
3 ulas bawang merah
Air asam jawa secukupnya
Sedikit gula merah @ gula melaka
Sedikit halia
1 batang serai (diketuk)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Cili kering direbus kemudian dimesin bersama bawang merah dan halia.

2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi dan serai. Tambahkan sedikit air. Tunggu hingga pecah minyak.

3. Kacang tanah dimesin dan jangan terlalu hancur.

4. Apabila telah pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu hingga ayam masak.

5. Seterusnya, masukkan kacang tanah, gula, gula merah dan garam secukup rasa.

6. Akhir sekali, masukkan air asam jawa.

7. Tunggu hingga mendidih dan agak pekat. Tutup api.

8. Hidangkan bersama nasi himpit.