Selasa, 28 Januari 2014

Kuih Balung Ayam

Kuih Balung Ayam

kuih balung ayam

Bahan Untuk Kuih :

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Pewarna hijau
Air secukupnya
Daun pisang (dilayurkan)
Sedikit minyak


Bahan Untuk Inti :

½ biji kelapa (dibuang kulit dan diparut)
4 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula putih
Sedikit air


Cara Membuat Inti :

1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga kering dan tutup api.
3. Inti ini hendaklah dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak hangit.


Cara Membuat Kuih :

1. Ayak tepung pulut dan tepung beras.

2. Masukkan sedikit garam dan pewarna hijau.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Uli hingga menjadi doh dan tepung tidak melekat pada tangan.

5. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak agar kuih tidak melekat nanti.

6. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Tekan di atas daun pisang seperti membuat karipap.

7. Masukkan inti ditengahnya dan dilipat dua.

8. Tekan sedikit di sekeliling kuih agar intinya tidak terkeluar.

9. Panaskan periuk pengukus dan kukus sehingga masak.

10. Keluarkan dari periuk pengukus dan sedia untuk dihidang.

Selasa, 21 Januari 2014

Cucur Labu

cucur labu

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza


Bahan-bahan :

300 gram labu kuning
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan air
½ cawan gula (boleh kurangkan)
½ sudu teh garam
Minyak bagi menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Labu dibuang kulit dan biji, kemudian diparutkan.

2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk penaik, garam dan air ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan adunan rata dan sebati.

3. Panaskan minyak di dalam kuali.

4. Jemput dengan hujung jari ataupun bulatkan adunan dan masakkan hingga kuning keemasan ataupun garing.

5. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan semasa masih panas.

Sabtu, 18 Januari 2014

Roti Jala dan Serawa Durian

roti jala dan serawa durian

Bahan Untuk Roti Jala :

1 biji telur
Santan
4 cawan tepung gandum
Sedikit gula dan garam


Bahan Untuk Serawa Durian :

15 ulas durian
3 sudu besar gula merah
Gula pasir secukup rasa
Santan
Sedikit garam


Cara Membuat Roti Jala :

1. Masukkan tepung, telur, santan, sedikit gula dan garam di dalam blender.

2. Kisarkan hingga semuanya sebati dan tidak berketul. Boleh juga dikacau di dalam bekas dengan memasukkan santan sedikit demi sedikit. Adunannya sama seperti membuat kuih ketayap.

3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam kuali menggunakan acuan roti jala.

4. Goreng hingga masak dan gulungkan dengan kemas.


Cara Membuat Serawa Durian :

1. Masukkan sedikit air di dalam periuk, durian, gula merah, gula putih dan daun pandan.

2. Biarkan seketika dan akhir sekali masukkan santan dan sedikit garam.

3. Masak hingga mendidih.

4. Hidangkan bersama roti jala.