Ahad, 23 Februari 2014

Mee Goreng Kerang Simple

Mee Goreng Kerang Simple

Bahan-bahan :

1 bungkus mee
3 sudu besar cili yang telah dikisar
1 biji bawang besar (dihiris)
Kerang (direbus dan dibuang kulit)
Sedikit sos tomato
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap
Sayur sawi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang besar hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan sayur sawi dan tunggu hingga sayur lembut.

5. Masukkan sos cili, kicap, sos tiram dan juga kerang.

6. Akhir sekali, masukkan mee kuning.

7. Masak hingga kuahnya kering.

8. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 19 Februari 2014

Petua Periuk Bersih Berkilat

periuk

Ada kala suri rumah berdepan masalah menghilangkan kesan hangus pada periuk. Usah bimbang kerana ada cara mudah menyelesaikannya. Masukkan sedikit serbuk penaik bersama air ke dalam periuk yang hangus. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan periuk seperti biasa dan periuk akan kembali bersih berkilat.

Sumber : Mingguan Wanita

Petua Tembikai Lebih Manis

tembikai

Sukar untuk memastikan tembikai yang dibeli rasanya manis atau tawar. Walaupun warna tembikai itu cantik tapi tidak semestinya rasanya secantik rupa. Untuk mendapatkan tembikai yang lebih manis, rendam tembikai dalam air garam selama empat jam. Tembikai akan terasa manis.

Sumber : Mingguan Wanita