Rabu, 19 Mac 2014

Apam Pisang Gula Hangus

Apam Pisang Gula Hangus

Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

½ cawan gula pasir
1 cawan susu cair
3 sudu besar mentega
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor  (boleh kurangkan 2/3 cawan sahaja)
1½ cawan pisang lecek
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam


Cara Membuatnya :

1. Ayakkan sekali tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ketepikan dahulu.

2. Cairkan gula dengan api kecil menjadi gula hangus dan masukkan susu sehingga menggelegak. Tutup api dan campurkan mentega. Sejukkan.

3. Pukul telur dan gula kastor sehingga kembang.  Masukkan pisang dan gaul rata.  Masukkan tepung yang diayak tadi dan gaul sebati.

4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

5. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 18 Mac 2014

Jelly Kelapa + Cincau

Jelly Kelapa + Cincau

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar
3 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
Gula secukup rasa
1 tin minuman cincau Yeo’s
Cincau (dipotong kecil)


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air sehingga agar-agar hancur dan mendidih. Kemudian masukkan gula.

2. Seterusnya, masukkan 4 ½ cawan air kelapa muda dan air minuman cincau. Padamkan api.

3. Masukkan isi kelapa dan juga cincau ke dalam bekas yang disukai dan tuangkan agar-agar.

4. Sejukkan dalam peti ais dan bolehlah dihidang.


Nota Sajian Hati :

- Jika anda mempunyai lebihan air kelapa muda, boleh juga menggantikan air biasa dengan air kelapa muda ketika memasak agar-agar.

- Jelly kelapa terasa lebih enak ditambah pula dengan kesegaran cincau.

Sabtu, 15 Mac 2014

Kuih Kalakatar Versi 1

kuih kalakatar

Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

6 cawan air kelapa muda (daripada 3 biji kelapa muda yang agak besar saiznya)

Isi kelapa muda (seeloknya yang lembut dikokot menggunakan sudu. Jika isi kelapa muda agak keras, gunting kecil-kecil)

2 cawan tepung beras

2 sudu besar tepung gandum

2 biji telur gred B

8-10 sudu besar gula pasir (jika air kelapa sudah manis boleh kurangkan gula)

Secubit garam


Cara Membuatnya:

1. Lenser loyang berukuran 8X8 inci atau yang bersesuaian dengan sedikit marjerin. Tidak perlu dialas.

2. Panaskan oven pada suhu 200 oC api atas dan bawah.

3. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul telur dan gula bersama sedikit garam menggunakan 'whisk' (pemukul telur manual) hingga gula larut dan telur berbuih. Tak perlu kembang.

4. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa secara berselang-seli, sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul menggunakan 'whisk’. Pastikan adunan sebati.

5. Masukkan bater ke dalam loyang. Letakkan loyang di rak paling bawah di dalam oven. Bakar pada suhu 200 oC. Selepas 15 minit, keluarkan loyang dan kacau adunan kuih agar kuih tidak mendap ke bawah.

6. Setelah dikacau rata, Taburkan isi kelapa muda di permukaan kuih. Terus membakar kuih di bahagian tengah oven selama 30-40 minit atau sehingga kuih masak. Bahagian atas kuih nampak keperangan apabila kuih masak.

7. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidang dan dipotong.


Tips Masakan

-     -  Gunakan cawan yang sama saiznya untuk menyukat tepung beras dan air kelapa.

-     - Tepung gandum disukat penuh sudu dan bukan rata.